This Is Me
This is me

About Me



Assalamualaikum and hi readers. Welcome to suhaila official blog. Please behave here and if you don't mine, follow me? I'll follow you back for sure! Many things make me laugh.It's not hard to please me.I'm a free spirit I'm strong and determineD. I love to look at the stars. I'm just a girl,and that's all i wanna be! thank youu ;)


One day i caught myself smiling for no reason,then i realized i was thinking of him . He make me smile day by day , i love him so much ,if you touch him,i will kill you ! HAHA ! HE'S MINE ! ;)
Let's Chat!

please be polite


Put your cbox code ! Max widht-250px



CORETAN BUAT ABAH YANG TERCINTA,,,,




                                                                                    

Dalam diari seorang pejuang,
tiada masalah yang tak merumitkn,
ujian yang tak melemahkan,
dugaan yang tak menyusahkan,
bahkan itu semua dijadikan batu  loncatan,
untuk lebih hebat,
mereka tepu dengan dugaan.
Cuma sesekali air mata jatuh menerjah pipi,
lambang kekerdilan kudrat hamba,
berdepan dengan belaian PENCIPTA,
sebagai tanda ingatan-Nya.
Terus senyum walau susah dan payah di uji.
Jadilah mata rantai perjuangan suci ini.



Ya Allah tabahkanlah hatiku menempuh dugaan ini….
Pada 20.8.2010,iaitu pada hari Jumaat bersamaan 10 Ramadhan terpalit sebuah peristiwa yang menyedihkan mengisi liang ingatan.Pagi itu aku pergi ke sekolah seperti biasa.Walaupun hari itu kami dibenarkan pulang ke kampong masing-masing namun perasaanku serba tak kena.Dalam hatiku seolah-olah menyelinap suatu perasaan halus yang aneh.Aku menaiki bas ke Melaka Central bersama rakan-rakan dengan perasaan ketidaktentuan,gembira,resah,gelisah,risau dan bercampur baur.Tiba di Melaka Central aku membeli tiket ke Batu Pahat pada pukul 2.30 tengah hari.Rakanku tidak balik ke Batu Pahat tetapi disebabkan keinginanku ingin balik juga,ku memberanikan diri menaiki bas ke Batu Pahat seorang diri


.
Sebenarnya,emak tidak menggalakkanku balik kerana takut menyusahkan abah.Entah mengapa keinginanku untuk balik amat kuat untuk berjumpa emak dan abah.Perasaan rindu?rinduku mengalir jadi arus gelisah,mengapa?Seperti ada keharuan yang melambai dada.

 

Setibanya di Muar,aku tersedar dari lenaku,tiba-tiba aku mendengar pemandu bas itu bertanya”siapakah yang bernama Suhaila di dalam bas ini?’’.Aku terfana seketika.Aku bangun dengan seribu pertanyaan yang bersarang di dalam fikiranku,tiba-tiba jantungku berdegup pantas,aku melangkah dengan kekuatan yang ku paksa,ku duduk.Pesanan demi pesanan pemandu bas itu ajukan kepadaku.Namun ku tidak mengerti apakah sebenarnya yang ingin di sampaikan.Aku tidak berhenti-henti diserang tanda tanya.Melalui renungannya seperti ada bahasa dan kata yang berbicara di mata.Tibalah saatnya dia memberitahu masih segar ayatnya dalam ingatanku,’’ini ada berita sedih,ayah sudah meninggal,duduk diam pukul 4.30 petang sampai Batu Pahat terus telefon ibu.’’ Berdesing telingaku mendengarnya,kaku tanpa kata yang mampu ku sebut adalah perkataan ‘’tipu!’’.
Aku bagaikan ada batu yang menindih lidah.Berita itu seumpama petir yang memanah hangus hatiku.Air mataku ditekan sekuat hati agar tidak bertabur di pipi.

 

Aku dibiarkan lantas bas pun bergerak.Aku yang tertinggal rasa kebingungan masih tetap dibebani rasa tidak percaya.Pemandu bas itu meminjamkan telefon bimbitnya kepadaku.Aku ambil telefon bimbit itu lantas dengan tangan yang menggigil ku dail nombor telefon rumahku.Kemudian,terdengar suara kakakku mengangkat lalu telefon diberikan kepada emak.Aku bertanya kenapa dengan abah,emak tidak menjawab pertanyaanku.Emak hanya berkata’’tidak ada apa-apa berlaku,balik dulu’’ dan pesannya agar ku baik-baik sahaja.Ku tetap bertanya kenapa dengan abah namun mak tetap tidak menjawab.Ku tahu emak cuba menyembunyikan berita itu.Sepanjang perjalanan air mataku berleretan dari lubuk kesedihan.Benteng pertahanan emosiku mulai rapuh.Aku membaca serangkai dua doa penenang jiwa.Aku bermonolog sendiri antara hati dan perasaan mengatakan bahawa aku tersilap dengar apa yang diperkatakan oleh pemandu bas itu tadi.Saat itu aku bagaikan berperang di dalm diri,melawan kesabaran.Setibanya di perhentian bas Batu Pahat kelihatan jiranku bersongkok menunggu aku turun dari bas.Mana abah?Abah yang selalu jemputku pulang?Mana?
Turun sahaja aku dari bas aku terus dibawa masuk ke dalam keretanya.Dia memandu kereta agak laju.Dia bertanya sama ada aku sudah tahu cerita atau tidak.Aku hanya mengangguk.Aku hanya membisu sepanjang perjalanan.Aku diam melayani pertanyaan dalam diri.Sampai simpang masuk ke jalan rumahku,ku lihat ramai orang bersongkok berdiri di hadapan rumahku.Persoalanku tidak dapat dinafikan lagi.Benarlah kata-kata pemandu bas itu.Kereta berhenti,dengan pantas ku buka dan berlari masuk ke dalam rumah,akak menyambutku dengan muka kesedihan.Akak berkata abah sudah tiada.Seperti mahu pitam dibuatnya aku di situ.Air mataku mula luruh mencurah-curah dari tubir mataku.Lantas jiran dan kakakku memaut aku daripada terjelopok ke lantai.

 

Tika itu wajah ayah terpampang jelas di hadapanku dan aku teringat akan pengorbanan abah yang gigih mengharungi air masin yang berombak lembut.Aku dibawa masuk ke dalam rumah mendapatkan ibuku.Aku menangis memeluk ibuku.

 

Lantas,mataku terfana melihat sekujur mayat terbaring kaku  namun wajahnya bercahaya dan senyumannya masih tersimpan di ulas bibir usingnya itu.Aku tidak memaling,ku hanya menjeling.Peristiwa itu adalah satu kepedihan yang tidak tertanggung dalam jiwaku.Debaran jantungku tiba-tiba menggila pada saat wajah itu ku tatapi.Alangkah hibanya hatiku melihat wajah insane yang disayangi telah pergi untuk selama-lamanya.Beberapa lama kemudian solat jenazah dijalankan

. 

Selesai solat jenazah,mayat ayah tidak diangkat lagi kerana menunggu kepulangan abanagku dari Shah Alam.Ku dapat rasakan apa yang dirasa oleh abang tika itu.Abang tiba lewat di rumah kira-kira pukul 5.30 petang.Kasihan,abang hanya dapat menatap wajah abah  hanya sebentar sahaja.Kini tibalah saat yang menyedihkan.Ibu mencium dahi abah diikuti dengan kakak,abang,Ajim dan aku.Ku tahan air mataku semampunya daripada jatuh berlinang ke dahi abah.Selesai sahaja wajah abah ditutupi dan diangkat masuk ke dalam keranda.Aku hanya mampu melihat.Detik demi detik kenangan bersama abah masih tertayang jelas dalam kotak ingatanku.Beberapa minit kemudian,van pun menyusur bergerak ke tempat pengebumian.

 

Tibanya di tanah perkuburan,persiapannya sudah sedia.Tibalah saatnya ayah dimasukkan ke dalam liang lahad.Bagai hendak menjerit aku,’’abah,jangan tingggalkan kami!’’ Adakah ayah mendengar jeritan batinku?Suaraku terpampan di kerongkong.Dengan pasrah segalanya ku redhai.Talkin dibaca satu per satu.Aku terpaku lemah dipaut oleh nenekku.Air mataku menitis sepanjang pembacaan talkin itu.Selesai talkin,aku menyiram air dan menabur bunga di pusara abahku.Selesai semuanya masing-masing beredar.Hatiku berat untuk melangkah pergi.Ingin sekali aku menemani abah di situ.

 

.Aku berdoa agar abah tenang di sana.
Andai abah masih bernyawa inginku peluk tubuhnya,
            Andai abah masih bernyawa inginku tatap wajahnya,
            Andai abah masih bernyawa inginku kucup pipinya,
            Andai abah masih bernyawa inginku bersalaman dan cium tangannya,
            Andai abah masih bernyawa inginku mohon ampun padanya,
            Andai abah masih bernyawa ingin sekali ku ucap terima kasih atas segalanya,
            Andai abah masih bernyawa ingin ku ucapkan selamat berpuasa,
Andai aku diberi peluang mengundurkan masa ingin ku rasai sentuhan kasih buat kali terakhir dari abah agar berbekas di hati untuk selama-lamanya.
Tapi apakan daya semuanya tak mungkin berlaku.
Kini hanya potret abah yang dapat ku tatapi.
Tatkala melihat potret itu mataku berkaca.



Alangkah rindunya aku pada abah.
Ladang hatiku berkuntuman kelopak rindu wahai abah.
Aku rindu suara abah.
Nmaun suara itu hanya berlegar-legar di dalam hatiku.
Abah,,,jika dulu saya memanggil abah,abah menjawab tapi kini saya memanggil abah tak lagi menjawab.Abah kini telah berpisah dengan saya dan kita tidak akan bersua lagi sehingga Hari Kiamat.
Abah adalah segala-galanya.Jika dahulu aku menduduki UPSR dan PMR abahlah yang banyak member nasihat pembakar semangat tetapi tahun ini,mana nasihat yang selalu ku dengar untuk aku menduduki SPM?


Abah!Aku rindu abah!
Maafkan aku abah jika diri ini lemah tika ketiadaanmu.
Ku cuba bangkit berdiri seperti dahulu.
Terima kasih abah.
Semoga abah digolongkan di kalangan orang-orang yang beriman dan di jauhkan dari azab api neraka.Semoga Allah tidak menghalang saya berjumpa abah di Akhirat kelak!

 


Coretan dan luahan,,
Ikhlas dari anakmu,,
Suhaila….
SAYANG ABAH!!!!!!!






Tinggal knangan,,,,sntiase menyayangi mu ABAH,,,



gabar arwah ayh yg disygi .. anak mu redha ats kepergian mu .. semoge abah tnang dsana .. rndu abah sgt9 :')
REDHA DENGAN KETENTUAN-NYA. MUNGKIN ADE HIKMAH DSEBALIK APE YG BERLAKU.
AJAL MAUT SUME DTGN TUHAN.ALLAH LEBIH MENYAYANGI ABAH :')
sue sayang abah ........

 <3 Kenagan bersme abh rye 2008 :')